Putar telefon untuk
pengalaman optimum
Membawa Anda Ke Sebuah Perjalanan Untuk Mengenali Dan Melindungi Biodiversiti Di Asia Pasifik
Hal Yang Paling Membahayakan Masa Depan Adalah Sikap Tidak Peduli
— Dr. Jane Goodall
Selamat datang ke Eko-Eko — sebuah gerakan yang ingin mengetengahkan dan menggalakkan usaha memelihara biodiversiti yang menakjubkan di rantau Asia Pasifik. Dengan kerjasama jurugambar haiwan liar dan alam, Eko-Eko bertujuan untuk memaparkan serta mengetengahkan suara antara hidupan yang unik dan menakjubkan di rantau ini serta kawasan habitat mereka. Mari sama-sama pelajari tentang mereka - dan daftar untuk menjadi sukarelawan bersama NGO berkaitan untuk memberi perubahan positif terhadap alam sekitar.
Sebuah Kolaborasi Antara Institut - Institut Jane Goodall Dan Kumpulan Roots And Shoots Serata Asia Pasifik


AKAN DATANG
Ikuti Facebook kami untuk keluaran yang akan datang
Lakukan Impak Positif Untuk Alam Sekitar Harini
PENGANJUR:
DISOKONG OLEH:
RAKAN STRATEGIK:
Rakan Eko-Eko
Pandangan dan inspirasi, dari sudut hati paling dalam orang-orang yang mengagumkan

Roots & Shoots Malaysia
Together, we change the world



EDUCATE
Jane Goodall’s Roots & Shoots is a youth-led action programme aimed at young people of all ages.

The programme was founded in 1991 by Dr Jane Goodall under the Jane Goodall Institute, and it promotes the values of compassion and respect for all living things, as well as intercultural understanding and solidarity among all peoples.
ENGAGE
Roots & Shoots empowers young people to create positive change for people, animals and the environment, by providing the tools needed for them to initiate, and lead, projects and campaigns that make a difference.
EMPOWER
Beginning with 12 students in Tanzania who wanted to help solve the problems in their local community - the Roots & Shoots programme is now a global movement, with over 150,000 active groups in over 130 countries.

Roots & Shoots Malaysia was established in January 2015. Today, we have over 10 active groups in various schools... and growing fast!


Learn More
Tentang Eko-Eko
Usaha kami untuk membawa keajaiban alam semulajadi ke hujung jari anda

Asia Pasifik mempunyai pelbagai budaya turun-temurun, landskap yang dramatik, pelbagai jenis bahasa dan kepercayaan, serta tempat terletaknya hutan hujan tropika tertua di dunia, dataran padang pasir, padang rumput, banjaran bergunung, muara sungai bakau, pulau gunung berapi dan hidupan yang pelbagai.

Rantau ini mempunyai 7 dari 17 negara dengan kepelbagaian biologi yang tinggi di dunia kerana mempunyai pelbagai jenis hidupan yang membentuk rangkaian kehidupan. Kekayaan biodiversiti inilah yang membolehkan para saintis membuat penemuan baru. Biarpun begitu, masih terdapat banyak lagi spesis yang belum dikaji dan diklasifikasikan sebagai ‘Kekurangan Data’ oleh IUCN.

Kumpulan Roots & Shoots Dr Jane Goodall dari Australia, India, Malaysia, Singapore dan Taiwan telah mengumpulkan pelbagai gambar karya jurugambar hidupan liar tempatan untuk mengetengahkan hidupan menakjubkan yang ada di tempat yang kita panggil ‘Rumah’ ini. Kami amat berharap agar usaha dalam menonjolkan kekayaan biodiversiti ini mampu menarik lebih ramai orang untuk peka dan ingin belajar tentang kewujudan hidupan yang menakjubkan ini serta menjadi sukarelawan untuk melindungi mereka dan habitat mereka yang semakin terancam.



Pendekatan Kami
Eko-Eko ialah sebuah projek untuk merealisasikan aspirasi Dr Jane Goodall. Di dalam dunia konservasi, kita mempunyai akses kepada pengetahuan bagi ‘minda’, namun ia perlu berhubung dengan ‘hati’ agar terinspirasi untuk menjaga dan seterusnya bertindak. Eko-Eko ingin menumpukan pada masalah kurang kesedaran alam sekitar dalam kalangan orang awam melalui pendekatan dua fasa. Fasa pertama adalah untuk menghubungkan ‘Minda ke Hati’ iaitu dengan menghasilkan konten yang memberi inspirasi untuk menggerakkan emosi orang ramai. Pendekatan fasa 2 pula ialah ‘Hati ke Tangan’ iaitu dengan mengumpulkan sebuah komuniti rakyat Malaysia yang aktif dan ingin menjadi sukarelawan bagi program yang sudah kami rancang.

Buat masa sekarang, kefahaman orang awam terhadap alam sekitar, biodiversiti dan fungsi mereka dalam kehidupan kita masih lagi rendah. Biarpun banyak kajian telah dijalankan, informasi-informasi ini sukar untuk diakses dan susah difahami oleh orang awam. Oleh sebab itu, hanya segelintir daripada kita yang sedar dan cuba berusaha untuk menyumbang bagi perlindungan flora dan fauna. Bagi yang lain, mereka masih dibelenggu rasa tidak peduli.

Perlindungan dan pemeliharaan biodiversiti sudah semestinya memerlukan usaha ramai pihak termasuklah agensi kerajaan, NGO, syarikat dan masyarakat sivil. Biarpun kita bergantung kepada keputusan dari pembuat polisi (pendekatan ‘atas bawah’), Roots & Shoots merasakan bahawa sama pentingnya untuk orang awam mengambil tahu dan membabitkan diri secara aktif untuk menuntut hak yang sepatutnya daripada pihak berkuasa dan syarikat besar. Oleh itu, kita mesti memikat MINDA dan HATI orang awam dan mendidik mereka tentang isu berkaitan biodiversiti dan menyediakan peluang untuk mereka menyumbang. Apabila kita berjaya melahirkan ramai orang yang mengambil kisah tentang alam semulajadi dan biodiversiti, mereka yang mempunyai ilmu dan rasa prihatin akan berani bersuara. Hanya dengan ini kita mampu mengimpikan dunia yang seimbang dan mampu tumbuh pesat dari sudut ekonomi dan dalam waktu yang sama faham tentang pentingnya untuk membina hubungan dengan alam bagi masa depan yang selamat dan lestari buat anak cucu kita nanti.




Sertai Kami Dalam Perjalanan Menelusuri Biodiversiti Dengan Mengikuti Perkembangan Kami Di Facebook.
Sebuah Pesanan Dari...
Duli Yang Maha Mulia
Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim
Beta ingin menzahirkan tahniah kepada Dr Jane Goodall dan kumpulan Roots and Shoots dari Australia, India, Malaysia, Singapura dan Taiwan kerana menyinarkan kekayaan biodiversiti yang wujud di rantau Asia Pasifik melalui projek Eko-Eko.

Melalui buku ‘The Book of Hope’, Jane menyuarakan peringatan bahawa hasrat mahu melakukan perubahan yang bermakna hanya dapat dicapai apabila digandingkan dengan tindakan. Perubahan boleh berlaku, dan sepatutnya berlaku; dan perubahan bukan hanya boleh dihasilkan melalui usaha seorang tokoh seperti Dr Jane Goodall, tetapi melalui usaha semua pihak. Melalui gabungan usaha kita semua, walau sekecil mana sekalipun, sama ada daripada kalangan yang muda atau yang tua, dari seluruh pelosok dunia, kita berupaya mengubah dunia.

Semangat yang diperlihatkan oleh Roots and Shoots Malaysia menerajui usaha yang sama, amatlah menggalakkan. Projek Eko-Eko bertujuan membawa perubahan positif dalam masyarakat, di samping turut menyediakan peluang untuk kita sama-sama belajar dan berpeluang menghulurkan sumbangan ke arah matlamat yang dihasratkan. Dengan mempamerkan kehebatan keindahan alam semula jadi di kawasan kita, semoga akan mekar rasa cinta kita kepada bumi dan akan tergerak hati kita untuk melalukan tindakan yang dapat memberikan impak positif kepada alam sekitar. Beta menyeru semua pihak, terutama kalangan belia, agar mengambil bahagian dalam aktiviti sukarelawan yang dirancang. Penyertaan dalam aktiviti yang diusahakan akan membuka peluang yang baik untuk membangunkan kemahiran diri serta memupuk jaringan persahabatan yang bermakna, seterusnya memperkasakan masyarakat setempat untuk melakukan perubahan. Aktiviti-aktiviti sebegini turut membantu pembinaan watak dan mempengaruhi pandangan kita dalam mengharungi cabaran yang bakal dihadapi pada masa hadapan.

Sekalong penghargaan dizahirkan kepada jurugambar serta para sukarelawan yang berada di sebalik tabir dalam usaha menjayakan projek Eko-Eko. Semoga projek Roots and Shoots ini berjaya mencapai matlamat.
Sebuah Pesanan Dari...
Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Binti Sultan Sharafuddin Idris Shah
Hi, saya Tengku Zatashah dan saya seorang rakan Eko-Eko.

Saya percaya kita perlu memelihara alam sekitar dan juga biodiversiti kerana kita bergantung kepada alam sekitar dan biodiversiti untuk teruskan hidup.

Maka, sertailah kami jadikanlah sukarelawan di Eko-Eko.org.
Sebuah Pesanan Dari...
Jane Goodall, PH.D., DBE, Duta Penghantar Keamanan UN
Hello, saya Jane Goodall. Saya hendak mengucapkan tahniah kepada semua orang yang menjayakan pameran gambar Eko-Eko ini. Ini adalah sebuah projek yang dimulakan oleh Roots & Shoots Malaysia dan ia menjadi lebih bernilai dan pelbagai atas usaha kerjasama dengan kumpulan Roots & Shoots dari empat kawasan lain iaitu Taiwan, Singapura, India dan Australia.

Malangnya, saya tidak dapat pergi ke Malaysia untuk menghadiri upacara perasmian tapi saya hantar mesej ini dari United Kingdom. Saya telah lihat banyak gambar foto yang akan dipamerkan dan saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jurugambar yang menyumbang gambar-gambar haiwan Asia mereka yang begitu mengagumkan. Saya memang tahu banyak tentang bidang fotografi hidupan liar tentang masa dan kesabaran yang diperlukan untuk ambil gambar yang sempurna. Jurugambar juga seringkali terpaksa bekerja dalam keadaan yang mencabar. Kini, banyak orang telah lupa bahawa kita sebahagian daripada alam semula jadi. Hakikatnya, kita bergantung kepada alam semula jadi untuk terus hidup. Kita bergantung pada ekosistem yang sihat dan ia terdiri daripada jaringan kompleks di mana spesies tumbuhan dan haiwan saling berhubungan. Kita harus berusaha keras untuk melindungi biodiversiti ini. Manusia akan memelihara benda yang mereka cintai. Saya yakin gambar-gambar ini dan kisah-kisah yang mengiringinya akan membangkit semangat para pengunjung dan mereka akan berasa kagum dengan kepelbagaian haiwan dan tumbuhan dalam alam sekitar kita yang menakjubkan. Kita harus bekerjasama untuk melindungi alam semula jadi. Pengetahuan sains sahaja tidak memadai untuk mendorong orang ramai untuk mengambil tindakan untuk menyelamatkan bumi kita yang indah ini. Kita perlu menimbulkan rasa kagum dan hormat. Itu penting juga kerana hanya apabila minda dan hati kita bekerjasama secara harmoni dapat kita mencapai potensi manusia yang terbaik. Harapan saya ialah mereka yang mengunjungi pameran ini akan menyertai program Lend A Hand sebagai sukarelawan demikianlah mereka dapat menyumbang dalam usaha melindungi alam sekitar. Bersama kita boleh, dan bersama kita tentu berjaya menjadikan dunia ini lebih baik untuk semua hidupan. Terima kasih.
Sebuah Pesanan Dari...
Dato' Shahira Ahmed Bazari
Saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Roots & Shoots kerana telah menjalankan projek yang bercita-cita tinggi ini dan berkongsi tentang kekayaan biodiversiti di Malaysia bersama semua melalui Eko-Eko.

Sebagai salah satu negara yang mempunyai kekayaan biodiversiti yang tinggi di dunia, Malaysia dikurniakan dengan banyak jenis hidupan - dari sekecil-kecil organisma satu sel sehingga gajah-gajah yang besar dan pokok-pokok yang tinggi. Ada hidupan-hidupan ini yang bersifat endemik kepada Malaysia dan inilah sebab utama kenapa kita perlu melindungi mereka dan habitat mereka.

Ekosistem-ekosistem inilah yang menjadi sumber kehidupan, memberikan kita air bersih, udara bersih, tanah subur, dan pendebunga tumbuhan - semua komponen penting bagi kehidupan. Saya amat berharap kita sebagai rakyat Malaysia dapat mendalami tentang biodiversiti yang pelbagai di negara kita dan juga Asia Tenggara, serta mengambil bahagian atau menjadi sukarelawan untuk memperbaiki keadaan alam sekitar bagi manfaat semua.

Yayasan Hasanah merupakan sebuah yayasan yang berfokuskan impak dan sering menekankan kepentingan untuk merealisasikan hasil dalam usaha membentuk impak dalam apa jua projek yang kami sokong. Oleh itu, kami percaya kepada peri pentingnya kerjasama dalam usaha mencapai impak yang maksimum dan berkekalan. Kami amat teruja melihat bagaimana Eko-Eko telah berkembang dari projek peringkat nasional kepada projek yang mendapat penyertaan dari negara serantau seperti Australia, India, Singapura dan Taiwan.

Kami berhasrat untuk terus menyokong usaha Dr Jane Goodall dan hasil kerjanya yang membabitkan ramai belia terutamanya dalam bidang alam sekitar dan konservasi di Malaysia dan rantau ini untuk memastikan masa depan yang lebih baik.

Terima kasih.

Dato Shahira Ahmed Bazari,
Pengarah Urusan dan Pemegang Amanah,
Yayasan Hasanah
Sebuah Pesanan Dari...
COMING SOON
Rakan Kerjasama
Rakan kerjasama yang menjadikan projek ini sebuah kenyataan
Eko-Eko adalah sebuah kolaborasi Institut Jane Goodall dan kumpulan Roots & Shoots dari Australia, India, Singapura dan Taiwan. Kami ialah sebuah komuniti konservasi global yang mengusahakan visi dan usaha Dr Jane Goodall. Dengan melindungi cimpanzi dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjaga alam semulajadi yang kita kongsi, kami memperbaik kehidupan manusia, haiwan dan alam sekitar. Segalanya saling berkait — semua orang mampu membuat perubahan.

KindMeal.my ialah sebuah platform gaya hidup tanpa daging di Malaysia iaitu menyajikan anda dengan makanan vegetarian berserta diskaun di kedai-kedai yang selesa. Kami ingin mengajak orang ramai untuk mengurangkan pengambilan daging, menyelamatkan haiwan, menjaga kesihatan dan alam sekitar, berjimat dengan makan makanan yang lazat. Temukan tempat makanan yang menarik, berkongsi resepi dan berjumpa dengan peminat makanan yang lain bersama kami.

PetFinder.my ialah platform kebajikan haiwan terkemuka di Malaysia yang membantu mencari rumah untuk haiwan terbiar, mendidik orang ramai serta menyediakan platform dimana pencinta-pencinta haiwan boleh berkerjasama. Lebih 56,000 haiwan peliharaan telah menemui keluarga yang penyayang, dan kini terdapat 20,000 haiwan and masih boleh diangkat. Ciri-ciri utama PetFinder.my termasuk aplikasi mudah alih, bahagian hilang & ditemui, portal berita, dana perubatan, direktori doktor haiwan, pangkalan data mikrocip, iklan dan forum perbincangan.

KUASA (Persatuan Aktivis Sahabat Alam) ditubuhkan pada tahun 2009 dan didaftarkan secara rasmi pada 2012 dengan aspirasi terhadap perlindungan alam sekitar, pembangunan mapan dan mempromosikan gaya hidup makan dalam kalangan komuniti melalui pendidikan, latihan, pemerkasaan komuniti, advokasi, aktivisme dan beberapa lagi pendekatan seni yang lain.

Ditubuhkan pada 1991, Nuvista Media (dulunya dikenali sebagai Novista) ialah sebuah syarikat penerbitan dokumentari yang unggul di Malaysia. Diterajui oleh sepasang suami isteri, Harun Rahman dan Lara Ariffin, syarikat ini menawarkan servis pembikinan video penuh serta fasiliti pasca produksi. Syarikat ini telah menerbitkan banyak produksi yang mendapat anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa. Mereka bersungguh-sungguh dalam komitmen mereka untuk memberikan kualiti, kreativiti dan kecemerlangan.

Malaysian Primatological Society (MPS) bertujuan menjadi koordinator dan fasilitator bagi kajian dan usaha konservasi yang berkait dengan haiwan primat di Malaysia. MPS berusaha menuju pemeliharaan spesis primat di Malaysia melalui kajian, penglibatan komuniti dan kesedaran awam tentang topik berkaitan haiwan primat dan habitat mereka. Kami adalah organisasi bedasarkan ahli dan membuka keahlian kepada semua.

Leap Ed merupakan sebuah perusahaan sosial yang telah memenangi anugerah dan pembekal perkhidmatan pendidikan buatan sendiri pertama di Malaysia. Kami menjalankan program transformasi pendidikan yang menyokong sistem, pemimpin sekolah, guru, pelajar, ibu bapa dan komuniti. Aktiviti transformasi pendidikan kami selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (MEB) dan Sustainable Development Goals (SDGs) oleh United Nations.

The Habitat Foundation ialah sebuah badan amanah di Pulau Pinang, Malaysia dan organisasi bukan untung The Habitat Penang Hill. Kedua-dua organisasi ini melengkapi satu sama lain dengan membawa misi untuk menghubungkan orang awam dengan hutan hujan tropika, mempromosikan pemeliharaan biodiversiti dan menyokong solusi berimpak melalui kerja yayasan ini. The Habitat Foundation komited dalam menyokong usaha pemeliharaan biodiversiti dan menjaga alam semulajadi yang kita semua bergantung padanya.

Kejayaan PropertyGuru terletak pada caranya menyelesaikan sebuah masalah besar pengguna - mencari rumah dengan cara yang terus terang dan telus. Memandangkan ini ialah fokus utama kami, kami sekarang merupakan antara syarikat teknologi harta benda terunggul di lima pasaran seluruh Asia Tenggara dan mempunyai sebanyak 1,400 pekerja.

Youths United for Earth — Kami ialah suara belia Malaysia. Di YUFE, kami mengimpikan sebuah komuniti belia yang peka tentang alam sekitar dalam perjalanan menuju masa depan yang adil dan selamat didiami. Usaha kami bertumpu kepada mobilisasi belia bertindak untuk alam sekitar dengan cara mengangkat suara belia Malaysia dan melaksanakan kempen advokasi digital untuk memacu tindakan. Melalui program-program kami, kami berhasrat untuk menghubungkan belia dengan inisiatif dan industri alam sekitar di kawasan mereka.

Artikel
Artikel & terbitan di platform rakan kerjasama


Hari Hidupan Liar Sedunia: Malaysia dan Kitaran Hidupnya
The Vibes
article Lihat Artikel
Dari Pentas Opera ke Hutan Belantara bersama Jurugambar Hidupan Liar Peter Ong
The Vibes
article Lihat Artikel
Kegembiraan Dalam Menarik Minat Haiwan Liar ke Rumah Anda Untuk Menjadikan Ia Tenang
Property Guru
article Lihat Artikel
7 Cara untuk Menjadikan Cara Hidup dan Rumah Anda Lebih Lestari
Property Guru
article Lihat Artikel
3 Cara Mudah untuk Meningkatkan Biodiversiti di Taman Bandar
Property Guru
article Lihat Artikel
Hidup bersama Kera: Bagaimana untuk Berhadapan dengan Mereka, dan Apa yang Tidak Patut Dibuat!
Property Guru
article Lihat Artikel
Perubahan Iklim dan Hartanah: Apa yang Kita Perlu Tahu dan Apa yang Boleh Kita Lakukan
Property Guru
article Lihat Artikel
Sokong 5 Perniagaan Sifar Sampah di Malaysia dan Bantu Alam Sekitar Kita
Property Guru
article Lihat Artikel
Social Media
Latest Eko-Eko updates on social media
COMING SOON
Video
Perkaya pengetahuan anda melalui kurasi video kami

Kenali Wira dalam Bidang Alam Sekitar di Malaysia
Diterbitkan oleh Layar Liar
Kenali Karya Berkaitan Biodiversiti di Malaysia
Diterbitkan oleh Layar Liar dan The Habitat Foundation
Kenali Warisan Malaysia dan Alam
Diterbitkan oleh Roots & Shoots Malaysia Youths
Kanak-Kanak
Halaman Mewarna untuk Dimuat Turun (Percuma)